Fenomena langit merah jambi 3

Hujan Turun Di Jambi, Penduduk Bersyukur Tiada Lagi Fenomena Langit Merah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular beberapa hari lalu mengenai fenomena langit merah yang berlaku di Jambi, Indonesia akibat daripada kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut sekitar lebih 100 hektar di sana.

Pada awalnya, langit menjadi kuning bertukar kepada merah kehitaman menandakan keadaan jerebu di sana semakin teruk dan menyebabkan jarak pandangan menjadi terbatas, iaitu hanya sekitar 200 meter sahaja.

Menurut Jabatan Meteorologi Indonesia, fenomena langit merah ini amat berbahaya jika terhidu kerana partikel debu tercemar sudah mencapai atmosfera.

Fenomena langit merah jambi 1

Keadaan jerebu tebal terutama pada Sabtu lalu menyebabkan simptom-simptom seperti pedih mata, sakit tekak dan batuk dihadapi penduduk walaupun majoriti daripadanya sudah memakai penutup muka.

Ramai penduduk mengadu mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah. Walau bagaimana pun, asap tetap masuk dan menyebabkan lantai rumah hitam dengan debu sehinggakan di dalam rumah pun rata-rata daripada mereka perlu memakai topeng muka kerana tiada penghawa dingin.

Fenomena langit merah jambi 2

Keadaan yang sudah berlanjutan selama dua bulan itu akhirnya menemui penyelesaian apabila pihak berkenaan telah melakukan aktiviti pembenihan awan dan mula mendatangkan hasil apabila hujan mulai turun yang turut menyebabkan penurunan pada bacaan IPU jerebu di sana.

Fenomena langit merah jambi

Pada awalnya aktiviti pemadaman kebakaran ‘waterbombing’ oleh kerajaan Jambi terpaksa dihentikan berikutan daripada jarak pandang helikopter yang terbatas sekitar 400 meter hingga 500 meter sahaja.

Sumber: BBC, detik.com

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S5787nY51/