Instagram Sekat Produk Turun berat Badan

Instagram Bakal Sekat Iklan Promosi Turun Berat Badan, Kosmetik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memandangkan Instagram digunakan untuk tujuan berbisnes selain memuat naik gambar aktiviti harian, platform media sosial ini telah mengumumkan satu polisi baharu iaitu menyekat iklan berkaitan dengan produk-produk menurunkan berat badan serta pembedahan kosmetik untuk pengguna di bawah usia 18 tahun.

Kandungan hantaran dalam Instagram yang mempromosi produk turun berat badan yang tidak menepati syarat akan dipadam. Langkah itu menyusuli keprihatinan yang kian meningkat terhadap pengiklanan produk kosmetik dan pelangsingan badan yang mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal golongan belia.

Polisi berkenaan turut menjejaskan kandungan di laman Facebook, yang memiliki Instagram. Instagram menyatakan langkah tersebut bertujuan menangani kaedah pemasaran menggunakan personaliti-personaliti berpengaruh atau influencers yang kian meningkat di platform itu.

Instagram Sekat Produk Turun berat Badan

Dengan polisi yang bakal dikuatkuasakan ini, Instagram akan mendedahkan prosedur untuk pengguna melaporkan hantaran Instagram yang melanggar peraturan dan tindakan akan dilakukan.

Bagaimanapun, polisi baharu ini mungkin ada keterbatasan yang mana pada ketika ini pengguna Instagram tidak perlu mendedahkan tarikh lahir mereka apabila mendaftar akaun, sebaliknya setakat mengisytiharkan sama ada mereka berusia 18 tahun ke atas ataupun tidak.

Maklumat usia ini bagaimanapun tidak disahkan oleh Instagram.

Sumber: BBC

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2Wj8RzFmRs/