
India Anjur Pertandingan Kentut Paling Lama
Orang kata waktu terbaik untuk mengambil gambar ‘superb’ adalah pada waktu keemasan. Waktu keemasan atau golden hour di sini merujuk kepada tempoh sepanjang matahari terbit atau matahari terbenam.
Kedudukan matahari di kaki langit memberikan cahaya matahari yang lebih terang, menjadikannya tempoh masa yang paling popular untuk jurugambar dan instagrammer untuk mengambil gambar terhadap keunikan alam ini. Secara umumnya, waktu matahari terbenam ialah antara pukul 6 petang hingga 7 malam.
Itulah sebabnya anda mesti melawat beberapa lokasi ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, hanya untuk melihat keindahan matahari terbenam di langit yang terbentang luas ini.
1. Masjid Putra, Putrajaya

Pemandangan di sekitar masjid ini amat menakjubkan pada waktu siang dan waktu malam. Tetapi apabila tiba waktu matahari terbenam, anda akan lihat sinaran matahari menjadikan pemandangan di sekitar masjid sungguh luar biasa. Kawasan di sekitar Masjid Putra juga menjadi kegemaran para jurugambar dari serata dunia untuk mendapatkan gambar terbaik matahari terbenam.
2. Heli Lounge Bar

Kawasan helipad yang terletak di atas Menara KH, Bukit Bintang. Di sini anda boleh bersantai dan menunggu masa sehinggalah sampai waktu keemasan untuk menonton keindahan matahari terbenam. Anda juga dapat menikmati pemandangan dari tempat tinggi ini melihat seluruh kota raya Kuala Lumpur.
3. Pantai Klebang, Melaka

Pantai Klebang memang terkenal dengan tempat bersantai bersama keluarga, rakan atau seorang diri. Ada beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman di sekitar pantai Klebang. Jadi anda boleh layan pemandangan matahari terbenam sambil menikmati hidangan.
4. Cameron Highlands

Banyak lokasi menarik di sekitar Cameron Highlands, tetapi yang paling terbaik untuk melihat sinar matahari terbenam adalah di kawsan ladang teh. Cahaya jingga matahari mewarnai langit menerangi landskap hijau pasti membuatkan anda terdiam seketika.
5. Yan, Kedah

Bersiar dengan mengayuh basikal di sekitar bendang yang luas terbentang, berlatar belakangkan pokok-pokok kelapa tegak berdiri. Anda menunggu matahari terbenam dan akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan seperti lukisan zaman kanak-kanak anda. Kampung Kuala Dulang Kecil adalah pilihan terbaik untuk anda melihat pemandangan matahari terbenam di sawah.
6. Bukit Broga

Terkenal dengan panoramanya, Bukit Broga ialah salah satu lokasi untuk mereka yang gemar mendaki sambil menikmati pemandangan di sekelilingnya. Ia mengambil masa kira-kira 60 minit untuk sampai ke puncak (pendakian santai). Walaupun mengambil masa yang lama untuk ke puncak, anda pasti akan berasa puas apabila dapat melihat matahari terbit atau terbenam di sini.
7. Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Berkunjung ke ibu negeri Sabah tidak akan lengkap jika tidak ke pantai Tanjung Aru untuk melihat matahari terbernam di sini. Tanjung Aru juga antara lokasi terbaik dunia untuk melihat matahari terbenam kerana ramai juga pelancong luar negara yang akan ke sini untuk melihat panorama matahari terbenam di tepi pantai.
Keunikan matahari terbenam yang menakjubkan bersama landskap luar biasa, pastinya membuatkan anda berasa bangga dengan keindahan alam ini yang tidak ada di mana-mana negara seperti Malaysia.
Trending now



