
Tunku Azizah Nafi Nyahaktif Twitter Gara-Gara Komen Negatif Netizen
Semalam kecoh di laman media sosial Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menyahaktifkan laman Twitter peribadinya gara-gara dibuli secara siber.
BACA: Tak Terlepas Jadi Mangsa Buli Siber, Akaun Twitter Permaisuri Agong Dinyahaktif
Terbaharu pagi tadi, dikhabarkan pihak polis sedang memburu individu yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong setelah menerima beberapa laporan polis.
BACA: Individu Hina Permaisuri Agong Di Twitter Kini Jadi Buruan Polis
Permohonan ampun juga sudah dimuat naik individu tersebut selepas beliau menerima kecaman dan kritikan daripada orang ramai.
Beberapa minit lalu, sekitar jam 5.20 petang anak perempuan Tuanku Azizah, Tengku Afzan telah memuat naik satu keping gambar tanpa kapsyen yang memperlihatkan komen daripada Tunku Azizah mengenai hal tersebut.
Kata baginda, tindakan menyahaktif akaun tiada kena mengena dengan komen negatif netizen; malahan baginda sendiri tidak membaca dan tahu mengenainya.
Baginda turut meminta agar tidak dilakukan sebarang laporan polis disebabkan perkara tersebut kerana akaun tersebut dinyahaktif atas sebab peribadi.
Wajib tonton Gemini Man ini.
Rambo: Last Blood (2019 Movie) New Trailer— Sylvester Stallone
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



