
Individu Hina Permaisuri Agong Di Twitter Kini Jadi Buruan Polis
Semalam kecoh di Twitter berkenaan dengan akaun Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah @cheminahsayang yang hilang, dipercayai telah dinyahaktifkan baginda.
BACA: Tak Terlepas Jadi Mangsa Buli Siber, Akaun Twitter Permaisuri Agong Dinyahaktif
Sehubungan itu kata kunci Raja Permaisuri Agong dan #AmpunTuanku menjadi trending di laman Twitter semalam.
https://twitter.com/JabirMfth/status/1172119564533940224
Terbaharu, pihak polis sedang giat mengesan individu tersebut setelah menerima laporan berkenaan penghinaan terhadap institusi beraja di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Semalam, individu tersebut menerusi Twitter telah memuat naik satu surat memohon keampunan daripada Raja Permaisuri Agong di atas ciapannya yang didakwa menghina institusi tersebut.
Penulis buku, Teme Abdullah yang lukisannya dipilih oleh Yang Dipertua Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk menghiasi laman istana turut berkongsi dan menyampaikan kiriman salam baginda kepada rakyat Twitter yang merinduinya menerusi laman Twitter peribadinya.
And about the pictures, aku dah dapatkan perkenan keizinan Kebawah Duli Tuanku untuk berkongsi di social media aku. No worries 👌🏻
Nah… Buat yang rindu pada tuanku 😊 pic.twitter.com/ds8x85f6n8
— teme Abdullah (@itsteme) September 12, 2019
Game yang ada storyboard.
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.