
Jual Rumah Bukan Untuk Pembeli China, Hong Kong Sahaja – Zuraida
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual di negara ini.
Beliau diminta mengulas cadangannya semalam bahawa HOC akan menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual di negara ini yang kini bernilai RM100 bilion.
Bagaimanapun, cadangan yang belum dibawa ke peringkat Kabinet itu mendapat kritikan pelbagai pihak dan juga netizen kerana seperti mengabaikan kesejahteraan rakyat.
Zuraida berkata HOC yang mahu dibuka kepada pembeli luar negara adalah rumah yang harga pasarannya lebih RM1 juta dan bukan sahaja menarik pembeli dari China dan Hong Kong tetapi turut terbuka kepada pembeli luar negara lain.

Cadangan kempen itu merupakan maklum balas awal hasil lawatannya ke Hong Kong dan China baru-baru ini.
“Di sana ada mogok kerana rakyat tidak boleh memiliki rumah. Jadi cadangan itu ada ruang untuk dikaji dan masih di peringkat penelitian. Kempen ini hanya untuk Program Rumah Kedua,” katanya.
Malahan, jika mahu pemaju mengurangkan harga rumah mewah itu kepada RM200,000 adalah sesuatu yang agak mustahil.
Menurut Zuraida, pada ketika ini kementerian masih menunggu maklum balas orang ramai dan pihaknya akan meneliti garis panduan sementara satu mekanisme akan dibincangkan dengan Kementerian Pelancongan, seni dan Budaya serta KDN yang mengawal selia permohonan rumah ke-2 daripada warga asing.
Sumber: FMT
Kolaborasi gempak.
Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



