
Tak Terlepas Jadi Mangsa Buli Siber, Akaun Twitter Permaisuri Agong Dinyahaktif
Umum sedia maklum, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah amat mesra dan aktif mengemaskini aktiviti harian keluarga baginda di platform Twitter.
BACA: Raja Permaisuri Agong Kongsi Kisah Jalani 17 Kali Rawatan IVF Dan 6 Keguguran
Terkenal dengan sifat spontan, ramah dan berjiwa rakyat, Tunku Azizah yang menggunakan ID @cheminahsayang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli siber.
BACA: Dituduh Berkelakuan Seperti Anak Kecil Semasa Sambutan Hari Kebangsaan, Ini Jawapan Tunku Azizah
Sekitar tengah malam tadi, ramai yang menyedari bahawa akaun rasmi Raja Permaisuri Agong @cheminahsayang tidak lagi ditemui seperti telah dinyahaktifkan.
Menjadi bualan ramai sehingga trending di tempat pertama, ramai netizen menyuarakan kesedihan mereka dan meminta agar Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat kembali ke Twitter dan tidak mengendahkan kata-kata toksik pengguna Twitter lain.
Puas hati ke Twitter Permaisuri Agong dah 'deactivate'?
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 11, 2019
Betul lah tu brader. pic.twitter.com/cmv8bxWaCw
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 11, 2019
Ada juga yang telah mengambil tindakan melakukan laporan polis bersertakan bukti individu yang menghina institusi beraja.
https://twitter.com/ZharifNikonian/status/1171838697378942988
Dah cakap dah, Twitter ni lagi ramai toxic berbanding mana² social media. Permaisuri Agong pun selamba je diorang sapu. Tak sedar diorang tu rakyat marhaen je. Kalau hidup zaman Melaka dulu, rasanya dah kena pancung dah golongan derhaka ni.
— Ahmad Solihin (@asolihin_azhar) September 11, 2019
kahkahkahkahkah the irony pic.twitter.com/6OpYvYpiTr
— akim. (@akimveee) September 11, 2019
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Musa Haji Hassan mendakwa ini adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan dan patut dikenakan.
Kesalahan bawah Akta Hasutan dan patut diambil tindakan @PDRMsia
— Musa Hassan (@TSMusaHassan) September 11, 2019
Jika tidak suka rasanya tak perlulah hebahkan dengan kata-kata yang tidak enak secara meluas, hormati individu tersebut, lagi-lagi jika individu tersebut merupakan isteri kepada ketua negara.
Tak sabar nak tengok Neo versi 2019
Neo Dan Trinity Kembali Dalam Sekuel Ke-4 ‘The Matrix’
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



