Pekeliling Elaun Intern 2

Enggan Bayar Elaun, Syed Saddiq Arah ‘Intern’ Tunjuk Surat Pekeliling Ini Pada Agensi Terlibat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setelah selesai menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mula memberikan fokus kepada pemberian isu elaun kepada pelajar praktikal.

BACA: Selepas #Undi18, Kini Giliran #PaidInternship – Syed Saddiq

Sudah mula berkuat kuasa 1 September lalu, kenaikan elaun pelajar yang menjalani latihan industri melibatkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan daripada RM1.60/jam kepada RM5/jam.

Namun, baru-baru ini beliau mendapat aduan masih ada agensi kerajaan yang masih lagi ragu-ragu untuk membayar pelajar latihan industri.

Menjawab kepada pertanyaan itu, Syed Saddiq telah memuat naik satu ciapan yang memperlihatkan pekeliling yang mewajibkan agensi, jabatan dan kementerian supaya membayar pelajar latihan industri dengan kadar yang ditetapkan.

Pekeliling Elaun Intern

Pekeliling Elaun Intern 1

 

Siri yang papar sisi gelap adiwira.

Jom Tonton Siri Baru – The Boys

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.