
Solat Sebelum Masuk Gelanggang Jadi Rahsia Kejuaraan Khabib Nurmagomedov
Khabib Nurmagomedov mendapat perhatian meluas media tempatan dan antarabangsa selepas perlawanan penuh kontroversi beliau bersama McGregor Oktober lalu sehingga menjadi perlawanan terbesar dalam sejarah UFC.
BACA: Khabib Nurmagomedov Atlet Tertinggi Dibayar UFC
Menjadi atlet MMA tertinggi dibayar UFC pada usia 30 tahun, rupanya ada rahsia di sebalik kejayaan yang beliau kecapi hari ini.
Sebagai seorang Muslim, Khabib berjaya menjadi contoh atlet yang membanggakan umat Islam kerana sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam kehidupannya.
Terbaharu, sekeping gambar Khabib mengimamkan solat yang makmumnya terdiri daripada kenalan dan rakan media sebelum memasuki gelanggang pertarungan menjadi tular Sabtu lalu.
Hasil daripada pertarungan tersebut, Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan beliau dengan mengalahkan Dustin Poirier dalam pertarungan World Lightweight Championship UFC 242 di Emiriah Arab Bersatu.
https://www.instagram.com/p/B2DNs0Nlu89/
Menjadi rahsia kejayaannya, Khabib sentiasa menjadi model kepada umat Islam terutamanya apabila tidak menjadikan gelanggang pertarungan sebagai alasan tidak menunaikan kewajibannya sebagai seorang Muslim.
Bak kata Khabib,
“You’re nothing without Allah.”
Macam ini rupanya dibalik tabir permainan video.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



