Gelagat YDPA Sambutan Merdeka 2

Dituduh Berkelakuan Seperti Anak Kecil Semasa Sambutan Hari Kebangsaan, Ini Jawapan Tunku Azizah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya menjadi tumpuan netizen dan media bukan kerana kemeriahan majlisnya tetapi juga gara-gara keletah comel dan bersahaja daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Manis berbusana baju kurung merah jambu, Tunku Azizah dilihat sempat merakam babak-babak menarik daripada sudut pandang baginda menggunakan telefon pintar antaranya ketika persembahan formasi grafik manusia dan persembahan khas ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Gelagat YDPA Sambutan Merdeka

Tidak ketinggalan juga, baginda Permaisuri Agong sempat merakam gambar suami tercinta dari jarak dekat. Rupanya tidak semua orang suka melihat keletah bersahaja daripada Tunku Azizah.

Satu kicauan daripada akaun Twitter @Finalana1 mencemuh tindakan Permaisuri Raja kerana berkelakuan seperti anak kecil yang mengambil gambar menggunakan telefon pintar semasa sambutan berjalan.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1167674325899628544

Pemilik Twitter itu juga sempat meminta agar baginda Permaisuri Agong supaya duduk dengan tertib dan berkelakuan seperti seorang permaisuri yang menghargai acara.

Tampil menjawab kritikan itu, Tunku Azizah dengan tenang memberitahu apa yang baginda lakukan pada hari tersebut adalah arahan dan permintaan daripada YDPA sendiri.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1168689187786067969

Ciapan daripada Raja Permaisuri Agong itu mendapat ulang kicau sebanyak 4,900 dan disukai sebanyak 7,600 kali. Walau bagaimanapun, ciapan daripada akaun @Finalana1 itu kemudiannya dipadam.

Di bahagian komen, rata-rata daripada netizen meminta agar baginda tidak mempedulikan ciapan tersebut kerana ianya datang daripada akaun palsu. Ada juga yang meminta agar baginda tidak berhenti mempamerkan keletah baginda kerana kelihatan comel dan bersahaja.

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1fUzoyFl0T/