
Apple Bakal Lancarkan iPhone Baharu Pada 10 September Ini
Ura-ura mengenai pelancaran iPhone 11 bakal diadakan pada 10 September 2019 telah disahkan oleh Apple.
Pada pelancaran kali ini, Apple akan menyediakan perkakasan baharu dalam jangka masa terdekat. Pelancaran iPhone pada kali didatangkan dengan tiga model dan salah satunya berkemungkinan menggunakan nama Pro. Namun, tidak dapat dipastikan model tersebut menggantikan nama yang sedia ada iaitu iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max.
Selain tiga versi iPhone baharu, turut dilancarkan adalah satu versi baharu iPad Pro dengan kamera yang dinaik taraf dan cip yang lebih pantas. iPad kos rendah akan didatangkan dengan skrin yang lebih besar, satu versi baharu Apple Watch, dan revolusi komputer riba MacBook Pro yang akan dinaik taraf buat pertama kalinya sejak tempoh tiga tahun ini.
Untuk menyaksikan siaran secara langsung, anda boleh melihatnya pada 11 September pada jam 1 pagi waktu Malaysia. Sudah bersediakah untuk memiliki iPhone terbaharu daripada Apple tidak lama lagi?
Sumber: Astro Awani
Jom saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1gTWGBnIWO/
Trending now



