Jalur Gemilang Tak boleh Dijadikan Tudung 2

Pantang Larang Jalur Gemilang Tidak Boleh Dijadikan Pakaian, Kecuali Dalam 2 Situasi Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Apabila tiba musim kemerdekaan, ramailah yang akan menunjukkan semangat menyambut hari pembebasan negara dengan menggantungkan bendera di kawasan rumah, kenderaan malah dijahit dan dijadikan sebagai pakaian seperti baju dan tudung.

Namun tahukah anda, perbuatan menjadikan Jalur Gemilang sebagai pakaian adalah salah dan melanggar peraturan penggunaan Jalur Gemilang?

BACA: Pasang Jalur Gemilang Terbalik Tanda Pengkhianatan Terbuka Kepada Negara

Menurut Seksyen (3) Akta 414, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 menyebut bahawa seseorang yang menjual atau menggunakan Jalur Gemilang atau apa-apa tiruan yang serupa dengannya bagi tujuan perdagangan dan perniagaan atau menggunakannya di dalam cap dagang tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Menteri boleh didakwa.

Jalur Gemilang Tak boleh Dijadikan Tudung

Ada beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi dalam penggunaan Jalur Gemilang agar bendera yang menjadi simbol kebanggaan negara ini sentiasa dipatuhi.

Antaranya:

1. Bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Bendera tidak boleh dipasang secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar. Walau bagaimanapun, pemasangan secara menegak dibenarkan sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline).

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1658759767590566/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAj7k-V-9p3U1WaufChFt1ccPTnH80pgjhkMB5cNLNAosM1l4njYHCYlBv53cxTeFpMlX6X7mYrV1cqypzv4xWIw9jGFWWWwoVoWT9SSDkDCxlt9s4SSYTjWnKaTaADfULx6goV6cW5y8VU6w31EJwEhq_-jxmnUqdA1FuKP1dK0eXvz_hRNdeuw7EwLV02Jxy2FGU5ECzXlLPXJOK6Sx0D432NBGymrYNQ5RW9pPiGiXFqjpi5hQfwn0JN1Ori35s4aQDRszaevQv0dMw7WOsuStM0a92GpFeujBI54cUMMVkbw8EmSBmvX0Tx9FaWtx_hKAf0hH7Ms8jg0sb03bfht2Em&__tn__=-R

2. Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.

3. Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi , tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.

4. Penggunaan bendera dalam pelbagai gaya dan bentuk seperti iklan dalam tujuan mempromosikan sambutan kemerdekaan adalah dibenarkan asalkan kreativiti tidak ditafsirkan sebagai menghina bendera.

5. Mengibarkan bendera yang telah uzur seperti pudar warnanya dan koyak adalah kesalahan dan satu ketidakwajaran yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebagai tanda menghormati Jalur Gemilang dan rasa sayang kepada Malaysia, wajiblah kita sebagai rakyat Malaysia mengikuti aturan-aturan yang ditetapkan. Dan sebagai rakyat Malaysia, sudah menjadi kewajiban kita menegur mereka yang telah melanggar aturan di atas ini dengan menggunakan cara dan saluran yang benar.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1658654800934396/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBwDN4t3wGNrnPWp3gsULXJDxHZuJifATDPRajfzGY501wBPUpVY5dV903xNvVcYmXO8sTVK1ke36RycTeP6-D6eEoLj8i_W_0EANnsGuOxn6y-cCdByZiFuL_rCO09oDgcfMFFrWs71aqL_9t-55wwQKgvVi-0YoJGC2lPVB0drbV3R-sA0SRnDbnToAanl0jVY85B3Oj4BqZ7u0fbsPioY6af5jt1L_rwvIv_UxPQ7EiCaMfcWFRxMJkWX4_0ncvOdNJ_XWPW2tW9IwrlmASEsbGKVJjiZE93xRknznqSxAaLHxF73ZTnFqrNy3KEC5TlZX_ZwXgXb-LDt76DlBDfmViy&__tn__=-R

 

Menghampiri tarikh kemerdekaan, beberapa isu yang tidak sepatutnya mengenai Jalur Gemilang telah timbul, antaranya pemasangan secara terbalik dan mewarnakan jalur putih pada Jalur Gemilang dengan warna hitam.

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita lebih peka dengan keadaan ini dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi yang boleh mencetuskan pergaduhan.

Untuk baca dengan lebih lanjut mengenai aturan penggunaan Jalur Gemilang, anda bolehlah lawat laman INI.

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1Gn5DUlqO4/