Facebook Cari Wartawan News Tab

Facebook Cari Wartawan Untuk Kendali Tab Khusus Berita

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Facebook sebelum ini dilaporkan bakal hadir dengan sebuah tab khusus yang memaparkan perkongsian berita iaitu News Tab selepas media sosial itu membawa sedikit perubahan pada platform mereka yang mana NewsFeed sedia ada ini lebih memfokuskan kepada perkongsian daripada kenalan berbanding Pages dan lain-lain.

Melalui News Tab itu, ia akan menghimpunkan berita daripada pelbagai jenis media demi memudahkan para pengguna mengikuti berita terkini. Dengan itu, Facebook juga membuka tawaran pekerjaan mencari wartawan berpengalaman untuk mengendalikan tab khusus itu.

Jika sebelum ini semua bahagian dalam Facebook mengikut sistem, tetapi Facebook kini mahu sepasukan manusia sendiri memilih berita yang relevan, dipercayai dan utama. Manakala tab lain hanya bergantung kepada sistem mengikut kepentingan pengguna berdasarkan isyarat pengguna.

Facebook Cari Wartawan News Tab
Sumber: Adweek

“Matlamat kami dengan News Tab adalah untuk menyediakan pengalaman peribadi yang sangat relevan untuk orang ramai,” kata ketua perkongsian berita Facebook, Campbell Brown.

Facebook juga dilaporkan akan membayar beberapa penerbit untuk melesenkan kandungan berita untuk tab khusus tersebut.

Facebook menyasarkan pengenalan ciri tersebut menjelang akhir tahun ini, sekaligus memastikan pengguna dapat mengikuti berita sebenar dengan mudah dan tidak menjadi mangsa berita palsu.

Bukan platform Facebook sahaja, Apple juga telah melantik wartawan untuk mengedit dan memilih berita terbaik untuk dikongsi di Apple News. LinkedIn juga dikhabarkan untuk melakukan perkara yang sama.

Sumber: CNN

Keropok legend masa kecil.

Mat Salleh elak makan keropok Durian

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.