
Spider-Man Dilapor Keluar Dari MCU Selepas Disney Dan Sony Tiada Persepakatan
Mungkin masa hadapan Marvel Cinematic Universe (MCU) bakal berubah apabila kita dikejutkan dengan laporan bahawa tiada lagi adiwira Spider-Man dalam francais tersebut.
Ini disebabkan selepas syarikat penerbitan filem Sony Pictures dan Disney tidak dapat memuktamadkan perjanjian untuk meneruskan perkongsian mereka. Perkara ini memberi impak kepada francais Spider-Man dalam gabungan Marvel Studios dan Sony.
Spider-Man pada mulanya menjadi sebahagian daripada francais terbitan Sony Pictures sebelum Disney melancarkan dunia MCU. Kedua-dua syarikat itu membentuk perjanjian untuk berkongsi watak itu supaya ia dapat bergabung dengan dunia sinematik Marvel.
Difahamkan, masalah timbul apabila Disney yang hanya menerima 5 peratus daripada keseluruhan kutipan untuk sekuel Spider-Man: Homecoming dan Spider-Man: Far From Home mahu peratusan yang lebih besar pada masa hadapan atau lebih tepat lagi Disney mahu pembiayaan 50/50 antara mereka.
Sony Pictures bagaimanapun memilih untuk mengekalkan perjanjian 5 peratus perolehan itu menyebabkan kedua-dua syarikat itu gagal mencapai kata sepakat.

Susulan itu, Presiden Marvel Studios Kevin Feige berkemungkinan tidak lagi menjadi penerbit dalam mana-mana filem Spider-Man selepas ini.
Menurut sumber, sudah ada dua lagi filem Spider-Man dalam perancangan tetapi dengan berita mengejut ini masa hadapan Spider-Man yang dibintangi Tom Holland menjadi samar.
Buat masa ini, belum ada lagi pengumuman rasmi dibuat oleh kedua-dua studio tersebut. Perkara ini juga menjadi trending di Twitter dan ramai yang mahu watak Spider-Man diselamatkan dengan hashtag #SaveSpiderMan.
Spider-Man has to remain in the MCU & Tom Holland needs to continue playing Peter Parker.
Stan Lee said how Tom was perfect as Peter & how S-M is his favourite.Stan’s creations/stories should be told with the intent of spreading joy rather than being fought over#SaveSpiderMan pic.twitter.com/hy7rfGc0zM
— Nat / Spider-Man: NWH ♥️ (@Brie_Sparkles) August 21, 2019
Dengan kelantangan suara peminat, kedua-dua studio ini diharapkan dapat bertolak ansur mencapai kata sepakat. Mungkin Sony mampu bergerak sendiri selepas ini tetapi dengan kejayaan yang dicapai selama dalam MCU mungkin tidak sama seperti dahulu.
Sumber: Deadline
Trending now



