Adiwira BumiLangit

BumiLangit Studios Perkenal Beberapa Karakter Adiwira Selain Gundala

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Industri perfileman hari ini banyak menampilkan filem mengenai adiwira dan semakin mendapat tempat bagi peminat filem. Lihatlah kejayaan filem-filem daripada Marvel Studios yang kebanyakannya sudah menjadi filem pecah panggung.

Penangan daripada filem adiwira Marvel Studios, Indonesia kini dilihat membuka perspektif baharu mengenai industri perfileman mereka. Banyak sudah filem-filem di Indonesia mendapat pujian daripada penonton Malaysia.

Anda ingat tentang filem Gundala yang bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos ini? Filem Gundala merupakan filem adiwira Indonesia dibawah penerbitan BumiLangit Studios.

BACA: Tonton Trailer Gundala, Filem Aksi Adiwira Dari Indonesia

Persis Marvel Cinematic Universe (MCU), BumiLangit Studios juga bakal memperkenalkan filem-filem adiwira yang lain selepas Gundala. Mereka telah mengumumkan para pelakon yang akan terbabit sebagai adiwira dan penjahat dalam Bumilangit Cinematic Universe (BCU) Jilid 1 dan kesemua karakter ini adalah adapatasi daripada komik pahlawan.

BumiLangit merupakan syarikat hiburan yang menampilkan karakter adiwira Indonesia. Syarikat ini telah menguruskan lebih daripada 1,000 karakter. Ini merupakan antara filem yang bakal ditayangkan sepanjang tempoh lima tahun akan datang mulai tahun ini.

Adiwira BumiLangit

https://www.instagram.com/p/B1TQi2en8zu/?utm_source=ig_embed

Menurut pengarah dan penulis Gundala, Joko Anwar, Jilid 1 merupakan jalinan filem berdasarkan komik pahlawan yang menceritakan dua era dan disesuaikan dengan keadaan Indonesia.

Antara nama-nama besar yang bakal terbabit ialah Nicholas Saputra (Aquanus), Joe Taslim (Mandala), Ario Bayu (Ghani Zulham), Dian Sastro (Dewi Api) dan pelakon Malaysia, Bront Palarae sebagai Pengkor.

https://www.instagram.com/p/B1TQ585nJav/

Sejujurnya, industri perfileman Indonesia sudah selangkah kehadapan daripada Malaysia. Adakah francais ini bakal berjaya seperti MCU atau bercelaru seperti DCEU? Sama-sama kita nantikan dengan kemunculan filem adiwira pertama mereka.

Sumber: SindoNews