Zakir Naik

Bimbang Tambah Kekecohan, Polis Nasihat Slot Ceramah Zakir Naik Dibatalkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dua hari lalu kecoh berkenaan dengan kenyataan syarahan Dr Zakir Naik yang telah dipotong dan diputarbelitkan kemudiannya disebarkan oleh satu portal media bahawa kononnya beliau mahu menghalau orang Cina keluar.

“The majority (majoriti Tanah Melayu) almost all were non-Muslims and almost all became Muslims MashaAllah. Later on, there are people coming afterwards. Malaysia, became fully Muslim, then you have the Chinese come in, the Indians come in… They are our new guests. So if you want the new guest to go first, ask the old guest to go back. If you want the guest to go back.

“And those guests are bringing peace in the community, they are benefit for the family (Malaysia).”

Disebabkan tajuk artikel yang ‘berbual’ di luar konteks, Dr Zakir Naik telah dikecam oleh beberapa ahli politik antaranya Syed Saddiq tanpa ‘mereka’ melihat kepada keseluruhan video syarahan pada 8 Ogos lalu.

BACA: Dr Zakir Naik Dituduh Pecah Amanah, Guna Dana Kebajikan RM113 Juta

Tampil menerangkan taktik kotor media, seorang lelaki, Yusri Jamal melakukan penjelasan mengenai bagaimana kenyataan Dr Zakir Naik telah diputarbelitkan oleh mereka berniat kotor di laman Facebooknya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10217572384755755&set=a.1334077626298&type=3

Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa turut tampil membela kenyataan Dr Zakir Naik berhubung masyarakat Cina dan penganut agama Hindu di Malaysia yang diambil di luar konteksnya.

Dalam ciapan di Twitter, beliau membalas kritikan Syed Saddiq supaya kenyataan Dr Zakir Naik tidak ‘dimainkan’ dengan cara kotor kerana beliau hadir sebagai saksi yang mendengar syarahan anjuran kerajaan Kelantan 8 Ogos lalu.

Susulan dengan kejadian tersebut, pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memanggil Dr Zakir Naik bagi menjalankan siasatan ekoran daripada 150 laporan polis yang diterima.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1650377961762080?__xts__%5B0%5D=68.ARBjqrObN4RyavUZoji8BfQJQaGGx6kCwbcc_btQJfjpD1mxlCVC_swx-Rxcdj60jbNdncIHOTJs8aV9q3oxuJtVNEs5JEH0BPUV38CUZ3Y1f7Os_5dYfcMMB1sE9r2OVV5NMj3ILZMVhZVXw1H5gjHnFp9y57qQEspgRG-J_t0vv6XAI8E6JvcZpdA00WJM7DGyk4YX2FLeBmBl_18yqhxjBjAHY280WY60eflKocbqCNeVJeV_C1qbmo1sA8tC9CEhr9oo5h4P1D6BkAsIRlCNJwmxKW8DY6hpCpqnUCIXDpboZp0oeQ5YpWb4zY7TcnS__ecPLNXmLcBV5R8D6JA0ZpZk&__tn__=-R

Bukan itu sahaja, slot ceramah beliau dan anaknya, Fariq Naik di Perlis turut dibatalkan pihak penganjur, Program Malaysia Reverts Camp atas faktor keselamatan setelah menerima nasihat daripada pihak polis.

Keputusan itu dibuat kerana kebimbangan ianya bakal menambahkan lagi kekalutan dan ketegangan sensitiviti antara kesemua buah pihak.

Zakir Naik
Sumber: Berita Harian

Dr Zakir Naik turut dihalang daripada memasuki Sabah oleh pihak kerajaan negerisekiranya terdapat laporan yang boleh membuktikan beliau mempunyai pandangan ekstremis terhadap agama. Manakala di Sarawak pula, beliau sudah pun dihalang kemasukannya.

Sumber: Harian Metro, The Star Online

Pelakon Line Walker 2 datang malaysia.

Nick Cheung , Luois Koo and Francis Ng in Malaysia : LINE WALKER 2

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.