
Google Assignments, Solusi Baru Tangani Isu Plagiat Dalam Kalangan Pelajar
Jika sebelum ini ada beberapa aplikasi yang boleh mengenal pasti plagiat dalam tugasan pelajar seperti Turn-It-In, kali ini Google melancarkan satu lagi perisian baharu bagi membantu bidang pendidikan agar lebih telus dan jujur.
Dengan adanya Google Assignments, satu perisian versi kemas kini (sebelum ini dikenali sebagai CourseKit), tenaga pengajar boleh mengenal pasti sama ada tugasan pelajar yang dihantar benar-benar dirujuk dan bukannya ditiru secara bulat-bulat daripada mana-mana pihak.
Bukan itu sahaja, para pelajar juga boleh berinteraksi, memberikan komen malah memeriksa sendiri tugasan mereka sebanyak tiga kali sebelum menghantarnya bagi memastikan mereka bebas daripada tuduhan plagiat.
Google turut memberitahu bahawa dengan adanya perisian atau aplikasi ini, ianya akan lebih memudahkan guru dan tenaga pengajar untuk menanda dengan menggabungkan Google Docs, Google Drive dan Google Search.
Sudah dilancarkan percubaan pada peringkat beta hari ini, aplikasi Google Assessments memang sesuai digunakan untuk institusi pendidikan yang menggunakan G Suite. Untuk ketahui apa itu G Suite, anda boleh baca di SINI.
Mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan peralihan agar pelajar yang dihasilkan di institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau pun pengajian tinggi lebih berkualiti nilainya dan bukan sejenis manusia copy paste.
Sumber: Tech Crunch
Makin banyaklah peluang pekerjaan dengan adanya JStarS Group dan KOLS.
JStarS Group and KOLS : Grand Launch
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.