Eylia Guntabid WCOPA 2019

Eylia Guntabid Harumkan Nama Malaysia Di WCOPA 2019

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

World Championship of Performing Arts (WCOPA) iaitu sebuah acara tahunan yang dilihat sebagai Olimpik Seni Persembahan yang disertai seluruh dunia menjadi impian kepada mereka yang menceburi bidang seni.

Eylia Eyre Guntabid, 17 telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya merangkul lima trofi di WCOPA 2019 yang berlangsung di Long Beach Perfoming Arts Center, California, Amerika Syarikat pada 12 hingga 21 Julai lalu.

Anak kelahiran Sabah ini muncul juara dengan menggondol empat pingat emas dan satu pingat perak bagi pertandingan bahagian vokal dalam pelbagai kategori.

Eylia meraih empat kemenangan menerusi kategori Vokal R&B, Vokal Dunia, Vokal Terbuka dan Vokal Gospel. Manakala pingat perak pula diraih bagi kategori Vokal Broadway.

Eylia Guntabid WCOPA 2019
Sumber: IG Eylia Guntabid

Beliau merupakan salah seorang dari enam peserta yang terpilih mewakili Kontijen Malaysia ke WCOPA 2019 yang disertai oleh 72 negara. Ia merupakan penyertaan ke-14 negara ke saingan ibarat ‘Olimpik’ dalam seni persembahan sejak 2005.

Penyanyi muda ini pernah menyertai program TV Ceria Popstar 2016 menyifatkan kejayaan yang diperoleh itu sebagai pemacu permulaan langkahnya dalam bidang seni.

Kini, Eylia akan melebarkan sayapnya untuk menjadi penyanyi profesional apabila sudah memeterai kontrak bersama Broadway Entertainment. Bakat beliau berjaya menarik perhatian Komposer Asmin Mudin, sewaktu menyertai Sugandoi Keamaatan 2019 yang mana Eylia berjaya muncul sebagai Naib Johan.

Eylia bakal muncul dengan single pertama, Aku Masih Cinta, ciptaan Jasni, manakala lirik Mah, tidak lama lagi.

 

Selepas berjaya bidaan sebagai pemilik tunggal jenama Ultraman, Tsubaraya Production mahu hapuskan barangan ciplak Ultraman yang tidak berdaftar daripada mereka.

Penghapusan Ultraman Ciplak di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.