
CEO Disney Sahkan X-Men, Fantastic Four Dan Deadpool Milik Marvel Studios Secara Rasmi
CEO Disney, Bob Iger telah mengesahkan kesemua harta intelek Fox iaitu X-Men, Fantastic Four dan Deadpool secara rasmi dimiliki dan mempunyai kuasa penuh oleh Marvel Studios semasa mengumumkan Pendapatan Suku Tahunan Disney.
Jadi kesemua karakter berkenaan dibawah pentadbiran Kevin Feige. Ada juga peminat yang tidak mahu karakter Deadpool keluar dari penguasaan studio Fox kerana tidak mahu kehilangan status sebagai filem adiwira R-rated. Setakat ini, Bob Iger tidak mengulas lanjut tentang perkara itu.

Perkara ini tidaklah mengejutkan kerana pada September tahun lepas (sebelum penggabungan) Kevin Feige mahu mengambil semua karakter Fox Marvel supaya tidak akan ada ‘dua Marvel’.
While discussing 20th Century Fox's place at Disney, Bob Iger name-checks X-Men, Deadpool, and Fantastic 4 as "part of Marvel Studios," but he does not mention any plans of how those properties will be integrated in the MCU.
Will we hear more at the D23 panel in 2.5 weeks? 🤷♂️
— Adam B. Vary (@adambvary) August 6, 2019
Mengulas lanjut, Bob Iger tidak menyebut sebarang rancangan mengenai bagaimana membawa masuk karakter-karakter tersebut dalam MCU. Jika dilihat pada fasa 4 MCU, tidak diketahui bagaimana untuk membuat pengenalan karakter-karakter tersebut.
Agaknya bagaimana mereka membuat pengenalan terhadap karakter-karakter ini dalam Marvel Studios? Apa pandangan anda tentang ini?
Sumber: Screen Rant
Trending now



