
Ini 6 Perbezaan Antara Siaran Analog Dengan Digital Yang Perlu Anda Tahu
Malaysia melakar satu lagi sejarah dalam industri penyiaran negara dengan mengumumkan peralihan siaran televisyen analog kepada siaran digital secara berperingkat.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind, Singh Deo dalam satu majlis di Kompleks Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Langkawi 6 Ogos lalu.
Dengan menggunakan terma Analogue Switch Off (ASO) yang merujuk kepada peralihan siaran televisyen percuma kepada rakyat oleh RTM sejak 1963 dan TV3 sejak 1984 menggunakan teknologi lama.
Ramai yang masih keliru apa bezanya antara siaran analog dan digital, dan apa kelebihan yang dimiliki oleh siaran digital tiada pada siaran analog? Mari kita rungkaikan bersama.
1. Isyarat
Analog – kurang kukuh
Digital – lebih kukuh
2. Kualiti gambar
Analog – boleh terjejas
Digital – lebih baik
3. Kualiti audio
Analog – Samar-samar/ Tidak jelas
Digital – Lebih jelas
4. Siaran
Analog – Tidak dapat menerima siaran definisi tinggi
Digital – Dapat menerima siaran definisi tinggi
5. Interaktif
Analog – Tiada kebolehan fungsi interaktif
Digital – Berkebolehan fungsi interaktif
6. Saluran
Analog – Tujuh saluran disediakan
Digital – 15 saluran (dijangka sehingga 30 saluran)
Malaysia merupakan negara ketiga di rantau ASEAN yang menjalankan peralihan ini selepas Singapura (2017) dan Brunei (Jan 2019) serta menyasarkan ‘gelaran’ sebagai negara bebas sepenuhnya siaran analog pada 2021.
Gaya hidup milenial ‘laju’.
ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.
Trending now



