
Isu ‘Hina’ Jalur Gemilang Hitam Merah, Adakah Cukup Sekadar Permohonan Maaf?
Dua hari lalu, Pengerusi Country Height Holding Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew telah menimbulkan kontroversi kerana mewarnakan jalur putih pada bendera Malaysia dengan warna hitam.
Perbuatan beliau tersebut dikatakan sebagai tanda protes ke atas pelaksanaan sukatan Jawi di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah-sekolah vernakular di Malaysia.
BACA: Golongan ‘Jawiphobia’ Perlu Sedar Pengenalan Khat Jawi Bukan Proses Islamisasi
Mendapat reaksi yang pelbagai, tindakan Lee Kim Yew disifatkan sebagai biadap oleh sesetengah pihak kerana telah mencemarkan kesucian Jalur Gemilang yang sudah dianggap sebagai lambang maruah rakyat Malaysia.
Komen beliau mengenai isu tersebut yang diletakkan di blognya boleh dibaca pada gambar bawah.



Mengulas isu ini, Khairul Azri berpendapat bahawa Lee Kim Yew seolah melalut; daripada isu Malaysia dikongkong kepada jasa Lim Kit Siang yang tidak memegang apa-apa jawatan selepas PRU kemudian kepada isu Malu Apa Bossku dan kontroversi video intim seorang menteri kabinet.
BACA: Haziq Aziz Mengaku Beliau Lelaki Dalam Video Intim Di Ranjang Bersama Menteri Kabinet
Beliau turut mengulas perbuatan Lee Kim Yew sebagai sesuatu yang menghina kerana sekaya mana pun individu tersebut atau berkuasanya individu tersebut, mereka tetap tidak berhak dalam menjatuhkan maruah Jalur Gemilang.
https://www.facebook.com/mkhairulazri/posts/10220217945987713
Memohon maaf mengenai ‘penghinaan’ tersebut di laman Facebooknya, Lee Kim Yew berharap agar generasi muda hari ini tidak mengulangi kesilapannya; menukar warna, grafik atau fizikal bendera Jalur Gemilang.
Bak kata Shukery Azizan, ini bukan mengenai kebencian kaum. Ini tentang maruah Jalur Gemilang yang diinjak-injak.
https://www.facebook.com/ShukeryAzizan/posts/2550245245005705
Jadi adakah dengan hanya permohonan maaf daripada beliau dikira isunya sudah selesai? Pendapat anda pula bagaimana?
Hero Malaysia di gelanggang tinju.
One Championship – Fan Made
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.
Trending now



