
Dipukul Sehingga Cedera Organ Dalaman, Ini Kes Kedua Di UPNM Selepas Zulfarhan
Umum sedia maklum mengenai kes pembu**han Pegawai Kadet Laut UPNM dua tahun lalu (1 Jun 2017) yang membawa kepada kemarahan orang ramai mengenai cara tindakan pegawai terbabit dalam menjalankan tugas.
BACA: Zulfarhan Terbunuh Akibat Kecuaian Beberapa Pihak Menjalankan Tugas
Belum pun cukup setahun kes tersebut berlalu, seorang pengguna Facebook, Norzulaikha Othman mendedahkan bahawa adik beliau turut menjadi korban akibat dibelasah sehingga cedera organ dalaman.
Berikut kronologi kes yang beliau kongsikan, tetapi bukan secara terperinci kerana ianya akan dibuka buat kali kedua dan tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Pihak keluarga yang sudah membuat laporan polis sehari selepas kem**ian arwah merasa hampa kerana tiada tindakan lanjut yang diambil oleh Balai Polis Cheras atas alasan UPNM mahu menjalankan siasatan dalaman sendiri serta bakal mengambil tindakan membuang tiga orang pelajar senior terbabit.
Walaupun sudah berjumpa dengan empat orang peguam, namun tiada seorang pun yang berani mengambil risiko kerana ketiadaan bukti yang kukuh.
Selain arwah, terdapat seorang lagi rakan yang dipukul namun beliau dan keluarga gagal dihubungi.
Bercerita dengan harapan dengan tularnya cerita ini, pihak keluarga mangsa berharap agar mana-mana pihak yang boleh menghulurkan bantuan tampil membantu selain daripada dapat membuka mata masyarakat bahawa budaya buli dalam kalangan pelajar di UPNM adalah benar.
Sumber: Norzulaikha Othman
Tak cukup Malaysialah anda kalau tak pernah rasa keropok durian lejen ini.
Mat Salleh elak makan keropok Durian
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.
Trending now



