
Zulfarhan Terbunuh Akibat Kecuaian Beberapa Pihak Menjalankan Tugas
Kes bunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain bukan hanya memberi kesan kepada keluarga mangsa, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kronologi penderaan yang didedahkan semasa di mahkamah bukan hanya menarik simpati dan kemarahan orang ramai terhadap kesemua tertuduh, tetapi juga memberikan gambaran betapa busuknya hati si pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Walau pahit untuk kita terima, sebenarnya kes kematian Zulfarhan telah memberikan pengajaran untuk kesemua pihak, terutamanya kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung.
Sebelum mangsa meninggal dunia, terdapat beberapa hint antaranya surat layang. Ramai yang masih tidak berpuas hati di atas tindakan beberapa pihak terlibat, seakannya memandang enteng isi kandungannya.
Dua kali pihak terlibat menerima surat layang.
Masing-masing seakan menjalankan tugas sendiri, tiada follow up dilakukan. Cukupkah sekadar 10 minit melakukan pemeriksaan sedangkan mangsa didera selama berjam-jam?
Semuanya common sense!
Surat layang akhirnya dibocorkan melalui aplikasi Whatsapp, namun masih tiada tindakan sewajarnya daripada pihak berkenaan.
Pelajar berhempas pulas mahu membongkar perkara sebenar kepada pihak atasan, tetapi cara pengurusan melakukan tindakan sangatlah tidak profesional.
Daripada kisah pembunuhan Zulfarhan dapat kita lihat betapa pentingnya seorang pegawai yang bertugas melakukan tugas mereka. Bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi melaksanakan dengan rasa tanggungjawab.
Akibat daripada kecuaian beberapa pihak, mangsa tidak dapat diselamatkan dan akhirnya meninggal dunia. Bukan mahu menolak takdir Tuhan mengenai ajal mangsa, tetapi sekurangnya kali ini biarlah pelaku-pelakunya menerima balasan setimpal, termasuklah pihak-pihak yang gagal melakukan tugas mereka dengan baik.
Sumber: Fir Fendi
Siapa yang ada hadir?
ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.
Trending now



