Sekatan Wanita Arab Ditarik 2

Kerajaan Arab Saudi Tarik Peraturan Sekatan Ke Atas Wanita

Kerajaan Arab Saudi hari ini mengakhiri ‘sekatan ketat’ mereka ke atas wanita yang mana wanita Arab Saudi tidak lagi perlu mendapatkan izin daripada penjaga lelaki atau mahram untuk ke luar negara.

Pengakhiran sekatan ini akan membenarkan semua wanita berusia lebih 21 tahun yang memohon untuk mendapatkan pasport untuk luar negara.

Setelah sekian lama, peraturan ketat ke atas wanita di Arab Saudi; perlu mendapatkan keizinan daripada mahram (suami, bapa, saudara lelaki) untuk berkahwin, ke luar negara atau memperbaharui pasport akhirnya ‘diangkat’.

Sekatan Wanita Arab Ditarik 1

Pejuang Hak Asasi Wanita juga sudah berjuang berdekad lamanya membebaskan wanita daripada sekatan tersebut.

Pengakhiran sekatan tersebut merupakan sebahagian daripada gerakan reformis liberal di bawah pimpinan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman yang menyasarkan untuk mengubah negara ultra konservatif mereka yang dikecam antarabangsa atas layanan terhadap wanita.

Februari tahun lalu, ulama kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah al-Mutlaq memberitahu wanita Arab Saudi tidak bperlu untuk memakai jubah atau pun abaya di tempat awam dan dibenarkan untuk berpakaian sama seperti wanita Muslim di dunia Islam lain.

Pada Jun 2017 pula, wanita Arab Saudi dibenarkan untuk memandu dan memasuki stadium yang lengkap dengan tandas serta surau wanita bermula Januari 2018.

Sumber: Berita Harian

Siapa yang ada hadir?

ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.