Kisah Keguguran Tunku Azizah 1

Raja Permaisuri Agong Kongsi Kisah Jalani 17 Kali Rawatan IVF Dan 6 Keguguran

Bergelar Raja Permaisuri Agong ke-16, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiada disanjung tinggi kerana kerendahan hatinya dan sentiasa tersenyum.

Di sebalik senyuman manis, rupa-rupanya ada cerita perit yang baginda simpan. Melangsungkan perkahwinan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bharu baginda diuji dengan enam kali episod keguguran.

Gagal mengandung/melahirkan selepas 9 tahun berkahwin, baginda hampir putus asa. Namun setelah 17 kali melalui proses pensenyawaan luar rahim, akhirnya baginda berjaya hamil dengan menggunakan kaedah IVF (In-Vitro Fertilization).

Kisah Keguguran Tunku Azizah

Umum sedia maklum, empat daripada sembilan orang anak baginda merupakan hasil daripada kaedah IVF. Setiap kali mengandung, baginda terpaksa berbaring di katil selama enam bulan dan dicucuk bagi memastikan kandungan serta diri baginda selamat.

Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Baginda turut menjadikan nendanya sebagai seorang yang beliau pandang tinggi kerana setelah 12 tahun barulah nendanya memperoleh anak yang pertama setelah beberapa kali keguguran dan meninggal.

Merasai kesusahan tersebut, Tunku Azizah telah menubuhkan satu yayasan iaitu Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu pasangan kurang berkemampuan berkahwin untuk mendapatkan anak.

Tonton cerita penuh tentang kisah baginda di pautan bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=LggOwK69Mds

 

Tengah cari komputer riba baharu? Cuba tonton review Asus Vivobook A512F.

Un-boxing and Reviewing Asus Vivobook A512F

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.