
Peminat Genre Seram Berpotensi Jadi ‘Psychopath’
Anda gemar menonton filem atau drama bergenre dark seperti seram, pembunuhan, supernatural, thriller dan sebagainya?
Adakah anda merasakan menonton filem sebegitu adalah satu kepuasan kepada diri dan mampu lagi bereaksi tenang dan tidur lena selepas menontonnya?
Ketahuilah anda mungkin berpotensi menjadi seorang psychopath. Psychopath membawa maksud seorang individu yang menderita menyakit mental kronik dengan sikap sosial yang kejam atau tidak normal.
Psychopath menggemari beberapa genre filem atau drama. Mereka tidak mempedulikan perasaan orang lain serta bertentangan dengan norma masyarakat dengan tindakan yang hanya untuk memuaskan diri sendiri.
Individu yang gemar menonton genre sebegini merupakan individu yang menikmati kelajuan rembesan adrenalin (adrenalin rush) dalam suasana dilindungi atau perbezaan ketara antara keganasan dan kelegaan.
Hasil dapatan daripada kajian ahli psikologi, Peter Rentfrow dari Universiti Cambridge mendapati individu jenis ini berpotensi mendapatkan skor yang rendah daripada segi tugas, sikap berhati-hati, kerjasama tetapi tinggi daripada segi kebijaksanaan, provokasi dan pendedahan diri.
Beliau juga memberitahu kebanyakan daripada golongan psychopath ini adalah terdiri daripada golongan lelaki muda yang berpendidikan.
Jika anda peminat genre dark anda berkemungkinan besar mempunyai empat ciri di bawah:
- Kurang empati
- Agresif dan sentiasa mencari thrill
- Cuba menjadi seperti lelaki (untuk perempuan) dan bersikap maskulin
- Menjadi lelaki yang didampingi seorang wanita yang penakut
Seorang profesor dari School of Communication at Purdue University, Brian Lamb memberitahu satu sebab yang paling menonjol untuk individu menonton genre ini adalah kerana perasaan selepas menontonnya.
Proses ini dipanggil sebagai proses peralihan keterujaan yang mana ianya jarang dikenal pasti oleh individu tersebut. Proses ini akan meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung yang menyebabkan mereka merasa teruja dan puas selepas menontonnya.
Namun, peminat genre ini lebih merasa tenang sekiranya berlaku kemalangan atau apa-apa kecederaan kerana mereka sudah mengalaminya menerusi tontonan filem atau drama bergenre sebegini.
Dalam populasi masyarakat, hanya 10% sahaja yang menikmati adrenalin rush ini, selebihnya tidak menikmati malah membencinya.
Jadi anda golongan yang mana? Menikmati? Atau membenci? Tak kisahlah yang penting, paling penting lihat genre mana yang mampu mental anda tangani dan hadapi.
Sumber: Vice, Quora, Psychology Today, New Republic
Tengah cari komputer riba baharu? Cuba tonton review Asus Vivobook A512F.
Un-boxing and Reviewing Asus Vivobook A512F
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.
Trending now



