Piracy Blockr elak rakam dalam wayang

Syarikat China Cipta ‘Watermark’ Inframerah Elak Curi Rakam Dalam Wayang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kita sedia maklum perbuatan merakam ketika tayangan filem sedang berlangsung tidak kiralah hanya beberapa saat sahaja adalah dilarang sama sekali.

Jika didapati melakukan perbuatan sedemikian boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 43A Anti Rakaman Kamera di bawah Akta Hakcipta 1987 iaitu hukuman penjara maksima lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000.

Namun, masih ada juga yang degil untuk mencuri rakam sama ada menggunakan telefon bimbit atau alat perakam video dan kadang kala mereka yang licik ini sukar untuk dikesan.

Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah di pawagam China apabila syarikat Ogilvy Shanghai bekerjasama dengan Focus Media, pakar pengiklanan filem membangunkan satu solusi menangani kegiatan cetak rompak secara langsung yang diberi nama Piracy Blockr.

Piracy Blockr elak rakam dalam wayang
Sumber: Great Works Asia

Piracy Blockr merupakan paparan daripada inframerah LED yang dipasang disebalik skrin pawagam. Ia akan memaparkan watermark Piracy Blockr sebesar skrin pawagam bagi mereka yang merakam tanpa kebenaran.

Piracy Blockr menggunakan teknologi inframerah yang mana ia menguasai gajet lain melalui kawalan jauh. Hanya mereka yang didapati merakam dalam wayang sahaja dapat melihat watermark di skrin.

CEO Focus Media Nanchun Jiang mengatakan bahawa keaslian adalah jiwa dalam industri filem dan merupakan asas daripada mana ia berkembang.

“Kami gembira dapat menjangkau pendekatan konvensional dengan membangunkan Piracy Block ini. Ia membolehkan kita menangani masalah dengan cara yang berkesan untuk memastikan industri filem dilindungi,” jelasnya.

Menerapkan teknologi seperti ini memberikan manfaat kepada seluruh industri filem di China.

https://www.facebook.com/ogilvy/videos/2360876167564975/?v=2360876167564975

Mungkin pihak pengurusan pawagam di Malaysia boleh menerap inovasi ini, jadi gejala merakam tanpa hak ini boleh dibanteras dengan lebih efisien.

Sumber: Mumbrella Asia