IT Chapter Two

Pengarah Umum Masa Tayangan ‘It: Chapter Two’ Hampir 3 Jam

Berdasarkan kenyataan daripada pengarah Andy Muschietti, filem ‘It: Chapter Two’ didedahkan bakal ditayangkan dalam tempoh masa hampir tiga jam, iaitu 2 jam 45 minit.

Filem ‘It’ yang diadaptasi daripada novel epik tulisan Stephen King yang pernah meletup pada tahun 2017 ini berkisarkan mengenai sekumpulan kawan dan ‘pertarungan’ jangka masa panjang dengan makhluk jahat.

BACA: Tonton Trailer Panjang Filem ‘It: Chapter Two’

Berjaya mengaut keuntungan bersih lebih USD700 juta seluruh dunia dengan hanya bajet cuma USD35 juta, trailer terakhir filem ‘It: Chapter Two’ ini tampil lebih seram dengan adegan-adegan yang mencemaskan.

Trailer Akhir It Chapter Two 1

BACA: Trailer Akhir ‘It: Chapter Two’ Lebih Cemas Dan Mendebarkan

Bakal tayang di pawagam berdekatan anda 9 September ini, pastinya durasi masa 2 jam 45 minit tayangan bakal membuatkan anda tak senang duduk.

Yang penting, sebelum ke pawagam, tonton dahulu trailer-trailer yang dikeluarkan. Supaya anda lebih bersedia tentang babak-babak yang akan dipertontonkan.

Selamat menonton!

Sumber: Screen Rant

Tengah cari komputer riba baharu? Cuba tonton review Asus Vivobook A512F.

Un-boxing and Reviewing Asus Vivobook A512F

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.