hidupkan enjin motosikal guna telefon

Hebat! Inovasi Pelajar Ini Hidupkan Enjin Motosikal Guna Aplikasi Telefon

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika diamati, boleh dikatakan bahawa tiada anak muda yang membazir masa kerana golongan ini didedahkan kepada pelajaran yang tinggi, baik dari segi akademik, mahupun kolej vokasional serta institusi-institusi teknologi dan kejuruteraan lain.

Walaupun kadang kala kita disajikan dengan berita gejala sosial anak muda, namun tidak semua anak muda generasi millienial ini tidak mempunyai kematangan dan daya fikir secara kreatif.

Banyak inovasi dan idea kreatif golongan muda ini hasilkan termasuk yang baru-baru ini sekumpulan pelajar berjaya menghidupan enjin motosikal hanya menggunakan aplikasi daripada telefon pintar dan kad pengenalan.

Itulah inovasi ciptaan penuntut Institut Industri MARA Jepun (MJII) di Beranang, sehingga tular di laman sosial sejak sabtu lepas.

Video tersebut telah mendapat lebih 538 ribu tontontan selain turut dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi akhbar Harian Metro, pelajar tersebut mencipta protaip ‘RFID Motorcycle Tracker’ sejak lima bulan lalu sebagai projek tahun akhirnya di pusat pengajian tinggi berkenaan dengan modal kurang daripada RM200.

Mengenai rekaan Mohd Nazif itu, pemilik motosikal boleh menghidupkan enjin hanya menggunakan aplikasi daripada telefon pintar yang mempunyai sambungan internet. Selain itu, enjin juga dapat dihidupkan hanya menggunakan kad pengenalan sebagai alternatif sekiranya tidak mempunyai sambungan internet.

hidupkan enjin motosikal guna telefon
Sumber: Harian Metro

Beliau merupakan penuntut tahun dua Diploma Elektrik dan Elektronik (Sistem Terbenam) itu berkata, idea berkenaan memberikan kemudahan kepada pengguna yang tercicir kunci tanpa perlu menghabiskan masa mencarinya.

Ini membuktikan anak muda mempunyai pelbagai idea untuk disumbangkan kepada masyarakat dan negara. Semoga idea kreativiti dan inovasi anak muda tidak terhenti hanya di dalam kampus, malahan dijana atau ditukar kepada sesuatu yang memberi pulangan hasil.

Sumber: Harian Metro