Pengguna Facebook

1.59 Bilion Pengguna Aktif Menggunakan Facebook Setiap Hari

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun didenda oleh kerajaan Amerika Syarikat, Facebook tetap mendapatkan keuntungan dan menjana pendapatan melebihi jangkaan penganalisis iaitu sebanyak USD16.9 bilion pada suku tahun 2019.

Pertumbuhan pendapatan Facebook terus kukuh dari tahun ke tahun dengan kadar 28%. Dengan bilangan pengguna aktif harian sebanyak 1.59 bilion orang dan 2.41 bilion setiap bulan, masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8%.

Walaupun didenda dan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) dan Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa (SEC), Facebook tetap berjaya mengekalkan kadar kenaikan nilai keuntungan sebanyak 1.14%.

Facebook Didenda

Facebook disiasat sama ada telah melakukan penipuan terhadap amalan privasi mereka, dan hasilnya FTC mendapati bahawa ada pertambahan kepada ‘set baru penipuan’ yang berkaitan dengan pengumpulan data pengguna.

Facebook kemudiannya bersetuju untuk membayar denda sebanyak USD5 bilion dan memberitahu akan mengamalkan prosedur korporat baru bagi mengawal privasi namun tidak mengaku bersalah di atas tuduhan tersebut.

SEC pula mendakwa Facebook telah melanggar undang-undang keselamatan apabila gagal mendedahkan data pengguna yang tidak dibenarkan oleh Cambridge Analytica pada pelabur pada tahun 2015.

Kemudiannya, Facebook bersetuju untuk membayar denda sebanyak USD100 juta bagi menyelesaikan aduan SEC, namun sama seperti tuduhan oleh FTC pihak mereka tidak mengakui atau menafikan tuduhan tersebut.

Sumber: The Guardian