
Selepas #Undi18, Kini Giliran #PaidInternship – Syed Saddiq
Setelah selesai penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq kini beralih pula kepada isu pemberian elaun kepada pelajar praktikal.
Melihat kepada keadaan ada sesetengah pelajar yang tidak mampu untuk meneruskan latihan praktikal kerana kekangan kewangan, Syed Saddiq mengambil inisiatif untuk tetap tegas menegakkan pendiriannya bahawa ‘pelajar praktikal berhak untuk mendapatkan elaun’ terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan terendah B40 dan M40.

Syed Saddiq meminta agar sektor korporat digesa untuk tidak terlalu memikirkan keuntungan semata sehingga mengabaikan kebajikan pelajar IPT dengan tidak membayar elaun kepada mereka.
Beliau juga memberitahu akan membawa cadangan agar semua sektor membayar elaun kepada pelajar praktikal dalam sesi kabinet khas dalam masa terdekat, dengan memastikan sektor kerajaan memulakannya terlebih dahulu sebelum diikuti oleh sektor swasta.
Dengan menggunakan tanda pagar #PaidInternship, Syed Saddiq tetap meneruskan misinya walaupun menerima pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak, antaranya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs).
Perlu ke kerajaan mewajibkan semua sektor untuk membayar interns?
I agree & will fight for this in cabinet. pic.twitter.com/dp6qqDQF0Z— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 19, 2019
Setelah selesai misi #PaidInternship ini, Syed Saddiq memberitahu beliau akan meneruskan dengan #GajiBermaruah pula.
I feel you bro. Kebanyakan kawan saya melalui pengalaman yang sama. Kenaikan kos sara hidup yang dibebankan lagi dengan gaji rendah, masalah kronik.
Saya akan mulakan dengan perjuangkan #PaidInternahip & selepas itu #gajiBermaruah bagi anak muda.
We will correct this injustice. https://t.co/M6vhbk8ZZ3
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 22, 2019
Sumber: Astro Awani
Trending now



