
Neelofa Kongsi Amalan Doa Menjemput Rezeki Tidak Putus
Sebut sahaja Neelofa, pasti yang terbayang di fikiran kita adalah kejayaan gadis ini dalam bidang perniagaan sehingga berjaya melebarkan ‘sayapnya’ ke peringkat global.
Merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Berhad, Neelofa pernah meraih RM1.3 juta dalam masa tiga minit hasil daripada jualan tudung jenama Naelofar Hijab.
Walaupun dikecam dan dilanda kontroversi, beliau yang pernah dinobat sebagai Wanita Terkaya Asia Tenggara Bawah 30 Tahun oleh Majalah Forbes ini tetap menjadi ikon dan idola anak-anak muda zaman sekarang.
Pernah tertanya tidak apa sebenarnya rahsia kejayaan beliau?
Selain kerja keras dan pengorbanan masa serta, rupanya Neelofa ada amalan doa menjemput rezeki yang tersendiri!
Ramai sebenarnya antara kita yang seakan memperlekehkan kuasa doa, tapi lihatlah sendiri apa yang berlaku pada Neelofa.
Berkongsi doa yang selalu beliau amalkan, Neelofa berkata dengan mengamalkan doa ini, rezeki yang Allah kurniakan kepada beliau tidak pernah-pernah putus, malah semuanya terasa sangat ajaib.
Berikut merupakan doa yang selalu beliau amalkan,
Ya Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Perancang,
Berikan aku rezeki seluas langitMu, rezeki yang berkat, rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam, rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zam-zamMu bertebaran di seluruh pelusuk dunia.Rezeki yang membawa kebaikan, rezeki membawa aku ke syurgaMu, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki yang menjangkau akal fikiran, rezeki yang boleh membantu aku untuk berdakwah di negara-negara Islam, membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk berdakwah.
Rezeki yang boleh membawa aku dan seluruh keluarga, sahabat, guru-guru, kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.
Mungkin selepas ini boleh kita amalkan doa yang sama seperti yang menjadi amalan beliau dalam menjemput rezeki. Semoga kita semua terus dimurahkan rezeki dan sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat.
Sumber: Miz Zahra
Trending now



