
Tonton Trailer Gundala, Filem Aksi Adiwira Dari Indonesia
Berdasarkan daripada siri komik Gundala oleh Hasmi pada tahun 1969, filem Gundala ini merupakan filem aksi adiwira dari Indonesia yang ditulis serta diarahkan oleh Joko Anwar.
Dibintangi pelakon hebat Abimana Aryasatya (Sancaka/Gundala), Taro Basro, Bront Palarae, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto dan Muzakki Ramdhan, filem ini mengisahkan mengenai kesusahan yang dihadapi oleh Sancaka semasa melalui zaman kanak-kanak dan remajanya.
Namun beliau membesar dengan sentiasa berpegang teguh pada kata-kata ayahnya,
“jika orang lain tidak mahu berjuang demi keadilan tidak bermakna kita harus menjadi seperti mereka.”
Pada suatu malam, Sancaka disambar petir yang menyebabkan beliau memiliki kebolehan menembak kilat dengan menggunakan tangannya. Menggunakan kekuatannya, Sancaka berperang melawan ketidakadilan di Jakarta bersama jirannya, Mulan.
Bakal muncul di pawagam 29 Ogos ini, tonton trailer filem Gundala pada pautan di bawah.
Trending now



