Video Persandingan Mantan Agong

Rihana Oksana Sah Dicerai Talak 3 – Peguam Sultan Muhammad V

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Desas desus perceraian antara Sultan Muhammad V dengan Ratu Moscow, Raihana Oksana Gorbatenko akhirnya disahkan sendiri oleh peguam baginda sultan, Koh Tien Hua.

Menerusi surat yang dimuat naik, mereka (peguam/firma guaman) memaklumkan bahawa Sultan Muhammad V telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbateko pada 22 Jun 2019 mengikut Undang-undang Syariah.

Sultan Muhammad Bercerai

Mahkamah Syariah Kelantan juga mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

Peguam firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura meminta agar semua pihak menghormati privasi baginda sultan, Sultan Muhammad V.

Walau bagaimanapun, Raihana memaklumkan bahawa beliau tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.

Sumber: Sinar Harian