lelaki sanggup ajar anak Bajau

Pemuda Ini Sanggup Belanja RM400 Tiap Bulan Demi Mengajar Anak Bajau Laut

Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam memberi bantuan tidak kiralah apa jenis bantuan termasuklah pendidikan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berlainan bangsa dan agama.

Walaupun rata-rata rakyat Malaysia sudah merasai teknologi masa kini, namun kita sering terlupa bahawa hidup ini bukanlah seperti intan dan berlian sentiasa. Sebenarnya ada yang masih ketinggalan dan tersisih dengan kemajuan yang dikecapi negara.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Jamain telah berkongsi kisahnya yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi membantu mengajar anak-anak Bajau Laut di Semporna, Sabah.

lelaki sanggup ajar anak Bajau

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dengan 2.1 ribu tanda suka dan 704 perkongsian.

Khairul menceritakan pengalamannya bagaimana dia mendekati mereka memandangkan etnik ini sukar untuk menerima kedatangan orang luar sepertinya.

Kedatangannya ke sana demi sebuah impian untuk mengajar anak-anak Bajau Laut bukan sahaja tentang kehidupan, malahan mengenai pendidikan yang perlu mereka ada.

Kami kongsikan penulisan daripada beliau mengenai kisah ‘Kertas dan pensel yang ditakuti Bajau Laut’.

https://www.facebook.com/kerol.dimaria/posts/2914749281900400?__tn__=K-R

Apa yang menarik daripada kisah ini, kita dapat lihat anak-anak etnik Bajau Laut ini pada mulanya takut dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakan alatan seperti pensel dan kertas yang sememangnya sudah sinonim dengan anak-anak Malaysia yang lain.

lelaki sanggup ajar anak Bajau

lelaki sanggup ajar anak Bajau

Usahanya itu sedikit sebanyak memberi harapan kepada anak-anak Bajau Laut ini mendapat pendidikan yang sepatutnya semua penduduk Malaysia perlu ada. Khairul juga berharap suatu hari nanti etnik ini memiliki sekolah di sana untuk mendidik anak-anak Bajau agar tidak jauh ketinggalan daripada bangsa lain di tanah air ini.

Tertarik dengan ayat Khairul yang berbunyi, “Kerajaan sepatutnya merasa malu kerana terus menerus membiarkan komuniti Bajau Laut tapi dalam masa yang sama mengambil kesempatan menggunakan mereka untuk publisiti. Jika Bajau Laut di Indonesia dibela, diberi pendidikan dan hak sama rata tapi kenapa tidak di Malaysia?”

Semoga lebih ramai anak muda dan mereka yang berpelajaran mampu membantu anak-anak seperti mereka mendapat pendidikan yang sebaiknya seperti anak-anak lain.