Istana Kelantan Murka 1

Istana Kelantan Larang Gelaran ‘Permaisuri Kelantan’ Selagi Tiada Pengumuman Rasmi

Setelah lapan bulan tidak memberikan respon berkenaan dengan berita perkahwinan di antara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan Oksana Voevodina yang berlegar di portal-portal berita dalam dan luar negara, akhirnya Istana Kelantan ‘membuka mulut’ mereka awal pagi tadi.

Pengelola Istana Kelantan dalam surat rasmi untuk kenyataan akhbar menegaskan bahawa tiada siapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau pun ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.

Istana Kelantan Murka

Pihak istana turut meminta agar orang ramai serta pengamal media agar tidak mempercayai maklumat atau berita yang disampaikan di laman media sosial agar tidak terpengaruh dengan penularan berita palsu.

Kenyataan ini dipercayai dikeluarkan akibat daripada pihak istana yang murka dengan penyebaran gambar-gambar Sultan Kelantan di laman Istagram seorang individu dengan nama akaun Rihana Petra yang menceritakan kisah-kisah peribadinya sejak Jun lalu.

Awal minggu ini, tersebar juga berita bahawa Oksana dan baginda Sultan telah berpisah berdasarkan kepada penularan surat perceraian rasmi yang sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah Kelantan.

Sumber: Sinar Harian