Tarif Elektrik

Kadar Tarif Elektrik Kekal Sehingga Disember Ini

Kerajaan mengumumkan bahawa untuk tempoh Julai sehingga Disember, tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna sebagai langkah untuk mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin semasa sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat 15 Julai lalu.

Beliau turut mengumumkan kelulusan kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM107.16 juta.

Tarif Elektrik 1

Walaupun terdapat peningkatan kos yang tinggi dalam penjanaan elektrik , kerajaan mampu membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019 menerusi Suruhanjaya Tenaga dan berjaya melakukan penjimatan sebanyak RM336.7 juta.

Sejak pelaksanaan penentuan tarif elektrik berdasarkan mekanisme kawal selia berasaskan insentif (IBR) pada 2015 mula diperkenalkan, kerajaan sentiasa menyemak tarif elektrik asas setiap tiga tahun yang mana tempoh regulatori pertama bermula pada tahun 2015 hingga 2017, dan yang kedua bermula pada tahun 2018 hingga 2020.

Sumber: Harian Metro