wanita pertama ejen 007

Lashana Lynch Jadi Wanita Pertama Sebagai Ejen 007 Selepas ‘Bond 25’

Setelah sekian lama kita disajikan dengan watak James Bond lakonan mantap Daniel Craig, francais filem itu bakal memberikan watak ejen 007 itu kepada pelakon wanita selepas filem ‘Bond 25’.

Bagi peminat setia James Bond, pasti ada yang kecewa kerana watak itu tidak dipegang pelakon yang mereka rasa layak tetapi kepada seorang wanita.

Pelakon British, Lashana Lynch bakal menggantikan Daniel Craig dan menjadikannya wanita pertama untuk francais filem tersebut.

wanita pertama ejen 007
Sumber: Esquire Middle East

BACA: Rami Malek Enggan Pegang Watak ‘Terrorist’ Dalam Filem Baharu ‘James Bond

Pasti anda tertanya-tanya siapakah Lashana ini. Beliau baru-baru ini melakonkan watak sebagai Maria Rambeau; rakan baik kepada Captain Marvel.

Walaupun sudah sah watak ejen 007 itu akan dipegang seorang wanita, ia tidak menghalang populariti James Bond yang dipegang oleh Daniel Craig.

https://www.instagram.com/p/BzIxcTpAqiH/?utm_source=ig_web_copy_link

Hanya gelaran ejen 007 itu sahaja bertukar pihak, tetapi watak James Bond masih kekal kepada Daniel Craig yang mana filem terbaharunya akan ditayangkan pada 8 April 2020 ini merupakan filem kelima dan terakhir.

Ia telah menjadi trend dalam dunia Hollywood yang mana watak dalam filem sebelumnya dipegang lelaki beralih kepada wanita, contohnya dalam filem ‘Men In Black’.

Apa pandangan anda tentang pemilihan watak ini?

Sumber: Daily Mail