Maleficent Mistress of Evil

Tonton Trailer Rasmi ‘Maleficent: Mistress Of Evil’

Maleficent: Mistress of Evil merupakan sekuel kepada filem fantasi pengembaraan Amerika Syarikat selepas lima tahun daripada filem Maleficent ditayangkan pada tahun 2014.

Jika filem pertama mengisahkan mengenai kisah pembalasan dendam Maleficent (Angelina Jolie) pada Raja Stefan (Sharlto Copley) melalui sumpahan terhadap anaknya Puteri Aurora, pada sekuel kali ini akan memperlihatkan hubungan antara Maleficent dengan bakal Ratu lakonan Elle Fanning.

Maleficent Mistress of Evil 1

Sementara menanti filem arahan Joachim Ronning yang didasarkan daripada karekter Sleeping Beauty oleh Charles Perrault ini ditayangkan pada 18 Oktober 2019, apa kata anda tonton dahulu trailer filem di pautan bawah: