Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia 1

Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia Semakin Menurun Menjelang 2072

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga tahun 2018, penduduk Malaysia sudah dianggarkan sebanyak 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan sebanyak 1.1% yang mana hanya 29.06 juta orang adalah warganegara dan 3.32 juta adalah bukan warganegara.

Bakal mencapai kemuncak populasi seramai 46 juta orang menjelang tahun 2071, angka ini mungkin akan mengalami penguncupan menjelang tahun 2072 gara-gara kadar kesuburan rakyat yang semakin menurun.

Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, situasi ini berkemungkinan besar akan bertambah parah kerana ianya bukan sahaja akan menyebabkan kekurangan sumber tenaga kerja malah membawa kepada terjejasnya pembangunan negara.

Disebabkan hal inilah, kerajaan mementingkan penyertaan tenaga buruh daripada kalangan wanita dan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja dan agensi-agensi kerajaan.

Dengan mewujudkan ekosistem sesuai untuk wanita menjalankan peranan sebagai ibu yang bekerja, beliau memberitahu kewujudan TASKA adalah penting supaya kaum wanita boleh bekerja untuk membantu dalam menyara kehidupan sekeluarga.

Sumber: Astro Awani