Yokohama FC 2

Yokohama Pilih Dua Pemain ‘Otai’ Paling Tua Sertai Kelab

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerana percayakan semangat yang ada pada ‘otai-otai lejen’, Yokohama FC telah mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak dengan dua orang pemain tertua di barisan serangan dalam sukan bola sepak.

Shunsuke Nakamura yang sudah berusia 41 tahun merupakan bekas pemain tengah penyerang kelab Celtic telah melakukan debut profesionalnya pada 1997 dan kini menyertai skuad Liga J2 Jepun ini.

Jika anda rasa 41 tahun adalah umur yang cukup tua untuk beraksi di padang, ternyata tekaan anda adalah salah.

Pada Januari lalu, Yokohama telah berjaya merekrut Kazuyoshi Miura, 52 tahun untuk menandatangai kontrak baharu bersama mereka. Beliau yang memulakan karier sebagai pemain bola pada 1986 melalui kelab Brazil iaitu Santos.

Yokohama FC

Walaupun sudah berusia 52 tahun, Miura masih lagi lincah di padang dan berjaya mengatasi rekod Stanley Matthew sebagai pemain profesional tertua yang menjaringkan gol pada 2017 pada umur 50 tahun dan berjaya memperoleh 89 kap bersama Jepun 19 tahun lalu.

Yokohama melihat Nakamura sebagai ‘senjata rahsia’ kelab mereka untuk kempen promosi musim ini kerana pernah membantu Celtic memenangi tiga kejuaraan liga utama semasa empat tahun bersama Parkhead.

Nakamura yang juga pemain PFA Scotland pada 2007 telah bermain lebih daripada 160 game untuk Celtic antara tahun 2005 hingga 2009 dengan jaringan 34 gol berhijrah ke Espanyol pada 2009, kemudian pergi selepas satu musim untuk menyertai Yokohama F Marinos sebelum ke Jubilo Itawa pada 2017.

Sumber: BBC