Menteri Indonesia Cabar Mark 1

Menteri Indonesia Cabar Mark Zuckerberg, Minta Ganjaran 10% Saham Facebook

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perbuatan Mark Zuckerberg memuat naik sekeping gambar mendayung ketika berada di atas papan luncur di Tasik Tahoe, Amerika Syarikat tiga hari lalu mendapat perhatian daripada Menteri Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Indonesia, Susi Pudijiastuti.

https://www.instagram.com/p/Bzo6o2kA1Wu/

Susi yang terkenal dengan kelantangannya bersuara dan bertindak pernah mengarahkan agar bot atau kapal yang menceroboh perairan Indonesia ditenggelamkan pada tahun 2014.

Kali ini beliau sekali lagi bertindak berani dengan mengeluarkan cabaran kepada Mark untuk berlumba dalam acara sukan mendayung. Sekiranya beliau menang, Mark perlu menyerahkan 10% daripada saham syarikat Facebook kepadanya.

Menteri Indonesia Cabar Mark

Ganjaran yang dimahukan bukanlah demi kepentingan peribadi sebaliknya akan dijual dan digunakan semula bagi membeli kapal peronda yang lebih besar untuk melindungi perairan Indonesia daripada aktiviti perikanan haram.

https://www.instagram.com/p/Bzrc0SNHRvL/

Selain itu, Susi juga berhasrat mahu membeli 1,000 buah bot nelayan untuk diberikan kepada komuniti tersebut agar dapat menjana pendapatan yang lebih baik.

Anda rasa Mark akan sahut atau tidak cabaran Susi ini?