pedang Star Wars askar British

Pedang Ikonik ‘Star Wars’ Bakal Dijadikan Senjata Askar British

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sedia maklum, peminat filem Star Wars bukan beribu tetapi berjuta peminat setia dari segenap pelosok dunia. Hampir kesemua peminat setia filem ini mempunyai koleksi barangan Star Wars terutama pedang ikonik lightsaber.

Lightsaber juga dikenali sebagai pedang laser yang mana senjata ini merupakan pedang plasma yang dikuasai Kyber Crystal. Warna yang berbeza terhadap pedang bercahaya itu berdasarkan penggunaan Kyber Crstal.

Namun siapa sangka, pedang bercahaya itu akan digunakan sebagai alatan ketenteraan British pada masa akan datang. Pedang itu akan mengeluarkan tenaga cahaya tinggi sehingga boleh memusnahkan pesawat dan peluru berpandu musuh.

pedang Star Wars askar British
Sumber: Inverse

Selain itu, ia juga berfungsi untuk membuat pintasan sistem elektronik seperti komputer.

Kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi Kementerian Pertahanan dikhabarkan akan membelanjakan wang sebanyak £130 (RM671 juta) untuk senjata yang digelar sebagai Directed Energy Weapons itu.

Projek ini dijangka dapat mengurangkan kos operasi ketenteraan. Bakal menjalani ujian percubaan menjelang 2023 sebelum diperkenal dalam ketiga-ketiga barisan pertahanan negara itu.

Menurut Setiausaha Pertahanan, Penny Mordaut, teknologi laser dan frekuensi radio berpotensi tinggi merevolusikan medan perang dan ia merupakan pelaburan signifikan untuk barisan ketenteraan.

Sumber: The World News