Disney Mulan 2

Trailer Pertama Mulan Cetus Kontroversi Di China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem arahan Niki Caro iaitu Disney’s Mulan (2020) merupakan filem re-make daripada filem animasi Disney pada 1998 yang berdasarkan kepada lagenda pahlawan Cina, Hua Mulan.

Filem lakonan Liu Yifen, Donnie Yen dan Jet Li yang bakal ditayangkan pada Mac 2020 di Amerika Syarikat telah menggunakan kos lebih $100 milion dan menjalani penggambaran di New Zealand dan China.

Sudah menerbitkan trailer filem di Youtube dengan 200,000 lebih tontonan, filem ini mencetuskan kontroversi mengenai kesahihannya dalam kalangan peminat di China.

 

Mereka mempersoalkan kediaman Mulan yang berstruktur seperti kuih donut (bulat) dengan dinding berlumpur, bumbung berjubin dan halaman yang luas. Kata mereka Mulan yang sebenar jika hidup tidak akan mampu tinggal di kediaman sebegitu.

Rumah yang digelar sebagai tulou atau bangunan tanah, salah satu struktur tradisional yang menempatkan puluhan keluarga. Biasanya dibina di kawasan tenggara China (sekarang dikenali sebagai wilayah Fujian) antara abad ke-13 dan ke-20 oleh orang Hakka.

Disney Mulan 3

Menurut puisi epik, Ballad of Mulan, Mulan merupakan seorang pahlawan wanita yang menggantikan ayahnya yang sakit untuk berperang dengan berpakaian seperti lelaki dan berasal dari utara China.

Ramai peminat China yang seakan memperlekehkan pihak produksi filem kerana tidak memahami asal usul Mulan dengan mendalam. Antaranya,

‘Pasti Mulan mengembara menggunakan kereta api berkelajuan tinggi.’

Tetapi ada juga yang tampil mempertahankan pihak Disney dengan kenyataan bahawa penyesuaian fiksyen adalah dibenarkan untuk menjadi daya penarik seperti kemunculan tulou, terutamanya kepada penonton global.

Sumber: Ink Stone News