baju oren lokap sprm

Tiada Lagi Pemakaian Baju Lokap Oren – SPRM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan akan menghentikan amalan memakaikan baju lokap berwarna oren terhadap suspek ketika dibawa ke mahkamah.

Begitu juga tiada lagi penggunaan gari terhadap individu yang ditahan melainkan jika terdapat risiko terlepas lari atau berkelakuan agresif. Penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata ia sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

baju oren lokap sprm
Sumber: Kosmo

Pada masa yang sama SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah dan dalam berbuat demikian, pihaknya pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang.

Pada 2017, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mempertahankan langkah untuk suspek berbaju lokap oren ketika dibawa ke mahkamah.

Antara yang membuat bantahan itu adalah peguam hak asasi, N Surendran yang menyifatkan langkah itu melanggar Perlembagaan Persekutuan dan peraturan penjara.

Antara suspek berprofil tinggi yang dibawa ke mahkamah dengan memakai baju oren adalah bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Sumber: FMT