
Oksana Kongsi Momen Dilamar Sultan Kelantan Dalam Suasana Penuh Romantis
Bernikah pada 7 Jun 2018 lalu, Oksana Voevodina sentiasa berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang kehidupan bahagianya bergelar suri hati kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di laman Instagramnya.
Terutamanya selepas bergelar ibu kepada seorang anak lelaki yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra pada 21 Mei lalu. Turut tidak menolak sekiranya menimang cahaya mata lagi, Oksana bersyukur dengan keluarga yang beliau miliki sekarang.
19 Jun lalu, Oksana membuka cerita pertemuan pertama beliau bersama Sultan Kelantan dan bagaimana bibit-bibit cinta mereka bermula.
Bertemu di Eropah pada musim bunga 2017, Oksana pada ketika itu sedang menjalinkan kerjasama bersama rakan karibnya, Jacob Arabo. Semasa makan malam, beliau bertemu dengan Sultan Kelantan yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.
Secara bergurau Oksana turut menyatakan bahawa beliau adalah Ratu Moscow tanpa menyedari bahawa Raja Malaysia itu benar-benar raja sehinggalah berita mengenai pertabalan raja tersiar.
https://www.instagram.com/p/By2_4azCk0Y/
Selepas pertemuan itu, mereka hanya berhubung melalui telefon pada setiap hari. Disebabkan beliau yang terikat dengan kontrak dan tinggal berjauhan, pertemuan adalah sesuatu yang sukar direncanakan.
Kemudian apabila menerima kontrak yang menyatakan bahawa beliau perlu bekerja di luar Rusia selama setahun dan berpindah ke New York, Oksana memberitahu Sultan Kelantan memintanya agar tidak membuat keputusan selagi mereka tidak berjumpa.
Oksana kemudiannya menerima jemputan ke Malaysia bersama ibu bapanya. Pada waktu malam, Sultan Muhammad melamar Oksana dalam suasana yang cukup romantis.
https://www.instagram.com/p/Bzkmta6CeXT/
Pada waktu itulah kisah cinta merpati dua sejoli bermula di mana baginda meluahkan perasaannya dan menyatakan hasrat untuk memperisterikan Oksana dan kini sudah bergelar ibu dan bapa kepada seorang putera.
Trending now



