Kasut Israel

Israel Cipta Kasut ‘Flip Flop’ Khas Untuk Dipakai Ke Masjid

Umum sedia maklum, Israel bukanlah negara yang diiktiraf dunia terutamanya oleh negara-negara Islam kerana sejarah pertubuhannya adalah berlandaskan darah orang Islam Palestin yang dibunuh.

Link, satu jenama kasut flip flop gabungan daripada selipar flip flop dan tapak kasut daripada sebuah syarikat kasut jenama Israel telah mencetuskan kontrovesi menerusi salah satu video yang dimuat turun di laman Facebook Link-shoes.

Kalau anda perasan di dalam video tersebut turut dimuat naik babak orang bersolat. Dianggap seperti sengaja memperli serta memperlekehkan umat Islam, Israel ‘membakar’ rasa umat Islam dengan kapsyen videonya, ‘Link kasut terbaik untuk anda ke masjid’.

Kasut Israel 3

Sedang berusaha meraih dana di kempen IndieGoGo kasut ini dijual dengan harga sepasang RM285 dan mereka akan mengadakan promosi penghantaran percuma sekiranya berjaya meraih sehingga $100,000.

Kasut Israel 2

Dia ingat kita (umat Islam) ini tergoda agaknya nak beli kalau menggunakan promosi masjid. Kata anda bagaimana?