
Umpat Lauk Kenduri Habis, Tanpa Sedar Kita Salahkan Rezeki Tuhan
Pergi kenduri, tapi lauk habis. Tanpa sedar laju sahaja hati dan mulut mengumpat tuan rumah. Jangan kata tak pernah buat. Semua orang pernah lakukannya.
Tapi sedarkah kita perbuatan mengumpat tuan rumah itu sebenarnya tanpa sedar seolah kita mempersalahkan Tuhan pemberi rezeki?
Hakikatnya rezeki itu di tangan Tuhan. Jika ke kenduri apa yang tersedia itulah rezeki kita. Makan sahaja, jangan bersungut. Kerana jika bersungut seolahnya kita bersungut kepada Tuhan pemberi rezeki.
BACA: Realiti Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz
Apa yang ada itulah rezeki kita. Jangan tuding jari kepada sesiapa kerana akhirnya yang memberi rezeki itu Tuhan.
Jadi selepas ini harapnya kita sentiasa bersyukur dan jangan pernah bersungut dengan apa yang kita dapat.
Sumber: Sahabat Mahkamah Syariah
Trending now



