Rakaman CCTV Haziq Di Hotel

Video CCTV Rakam Kelibat Haziq Dan Menteri Kabinet Di Hotel Sabah Tersebar?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas digemparkan dengan video pengakuan Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz pada bulan lalu berikutan dengan tersebarnya rakaman video intim bersama seorang Menteri Kabinet, kini tular pula rakaman CCTV yang memperlihatkan kelibat Haziq, Menteri Kabinet dan seorang setiausaha politik di sebuah hotel di Sandakan, Sabah.

BACA:  Analisis Bahasa Tubuh Video Pengakuan Haziq Aziz, Baca Penelitian Lelaki Ini

Video yang dimuat naik di YouTube itu memaparkan cop masa selama 12 jam, bermula dari tengah malam sehingga tengah hari 11 Mei seperti yang didakwa di dalam pengakuan beliau; beliau bersama Menteri Kabinet di Hotel Four Points.

Video Intim Menteri Kabinet, Haziq Aziz Mengaku

Rakaman yang dimuat turun berserta beberapa kapsyen mengejek ketiga-tiga watak utama ‘drama video intim’ itu diambil daripada beberapa sudut seperti lif lobi dan laluan koridor sebuah hotel.

Walau bagaimanapun, rakaman tersebut belum dapat lagi dipastikan kesahihannya. Menjawab kepada pengakuan itu, Menteri Kabinet tersebut menafikan dengan mengatakan bahawa ianya adalah usaha untuk mencemarkan reputasi, keperibadian beliau serta memusnahkan kerjaya politiknya.

Sumber: FMT