Syed Mokhtar beli saham Media Prima

Syed Mokhtar Beli 11.09% Saham UMNO Di Media Prima

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Taikun perniagaan, Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membeli saham daripada UMNO sebanyak 11.09% di Media Prima pada hari ini. Beliau sebelum ini telah memiliki saham di Utusan Melayu Bhd dan The Malaysian Reserve.

Ini menjadikan beliau pemegang saham ketiga terbesar Media Prima yang mana UMNO masih lagi memegang jumlah saham sebanyak 7.96% selepas penjualan dibuat.

Syed Mokhtar beli saham Media Prima

Berikutan itu, Bernama melaporkan saham syarikat berkenaan yang menguasai sebahagian rangkaian akhbar dan stesen TV swasta di negara ini, merosot setengah sen kepada 48 sen seunit pada tengah hari tadi.

Syed Mokhtar beli saham Media Prima

Menurut data Bloomberg, saham diniagakan dalam satu blok bernilai sebanyak RM73.81 juta.

Media Prima mempunyai empat stesen televisyen (TV3, NTV7, 8TV and TV9), tiga surat khabar (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) dan empat stesyen radio (Fly FM, Hot FM, one FM and Kool FM).

Mac lalu, menurut portal MalaysiaKini, UMNO sedia menjual kepentingannya di Media Prima.

Sumber: The Edge Markets